Tuesday 17 November 2020

Adakah konsultan anda berdaftar?



Tahukah anda?

Jika anda didekati mana-mana konsultan unit amanah yang menawarkan peluang untuk melabur, samaada secara fizikal ataupun melalui media sosial, anda sebenarnya boleh membuat semakan ringkas berkenaan status konsultan tersebut terlebih dahulu.

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) merupakan satu organisasi yang ditubuhkan pada 1993 dengan nama asalnya Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) untuk mengawalselia segala aktiviti pemasaran dan pengedaran skim berkaitan dana unit amanah (UTS) dan persaraan swasta (PRS).

Bagi melindungi kepentingan orang ramai dan mengelakkan berlakunya sebarang penipuan, FIMM telah mewujudkan satu laman web bagi menyemak status konsultan yang anda sedang berurusan dengan hanya memasukkan salah satu maklumat berikut;
1. Nama Penuh Konsultan
2. Nombor FIMM (setiap konsultan WAJIB mempunyai nombor pendaftaran FIMM sebelum dibenar memasarkan UTS dan PRS)
3. Nombor IC Konsultan

Selain itu juga, FIMM turut menyediakan satu senarai nama pemegang lesen UTS dan PRS seluruh Malaysia yang dikemaskini dari masa ke semasa serta boleh dimuat turun oleh orang ramai. Untuk mencubanya sendiri, anda boleh layari laman web yang telah di https://www.fimm.com.my/search/.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Apa yang penting, semak dahulu sebelum melabur bagi memastikan anda berurusan dengan konsultan dan syarikat yang sah.

No comments:

Post a Comment

Malaysia