Friday, 12 April 2019
Thursday, 11 April 2019
Akauntan di Pahang rugi RM95,668 ditipu sindiket 'parcel scam'
11 April 2019 (BH Online)
BERA: Seorang akauntan di Triang, di sini, kerugian RM95,668 selepas ditipu sindiket parcel scam apabila berkenalan dengan seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota tentera bernama ‘Liegh Hester’ kononnya dari Libya.
Pada 11 Februari lalu, mangsa wanita berusia 53 tahun itu mula berkenalan dengan suspek selepas menerima emel daripada lelaki itu dengan mendakwa dia seorang tentera di Libya dan mempunyai duit sebanyak AS$9 juta (RM37 juta).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek memberitahu mangsa dia akan menghantar duit berkenaan yang diletakkan di dalam peti besi kepadanya.
“Suspek juga memberitahu penghantaran peti berisi duit itu akan diuruskan oleh syarikat Lomar Shipping Limited yang berpangkalan di London,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa dikatakan bersetuju dan memberikan alamat rumah dan nombor telefonnya sebelum menerima panggilan daripada seorang lagi suspek mendakwa wakil syarikat kurier berkenaan.
“Namun untuk mendapatkan peti berisi duit berkenaan, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran. Mangsa membuat sebanyak 12 kali transaksi wang ke dalam tiga akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM95,668,” katanya.
Mohd Wazir berkata, bagaimanapun, sehingga kini, mangsa masih belum menerima peti berisi wang berkenaan dan gagal menghubungi syarikat kurier berkenaan.
“Mangsa yang menyedari ditipu sindiket terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini, semalam.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan memperdaya mangsa dalam urusan penghantaran peti berisi wang sehingga memaksa wanita itu memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
11 April 2019 (BH Online)
https://kewangan-pelaburan-islam.blogspot.com/2019/04/akauntan-di-pahang-rugi-rm95668-ditipu.html
https://kewangan-pelaburan-islam.blogspot.com/2019/04/akauntan-di-pahang-rugi-rm95668-ditipu.html
Tuesday, 9 April 2019
Pelaburan patuh Syariah bersama PMB INVESTMENT
● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.
● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.
● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).
● Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.
☆☆☆☆☆
Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786 atau www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dgn menulis:
Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi
Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL
Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur
🌐 www.pmbinvest.com.my
Sejak 1967...52 tahun
"Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"
*Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.
Sunday, 7 April 2019
16th King of Malaysia, Al-Sultan Abdullah & the Queen
16th King (Yang di-Pertuan Agong) of Malaysia, Al-Sultan Abdullah & the Queen.
Full name: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Kerani di Sri Aman rugi RM159,450 ditipu African Scam
4 April 2019 (Kosmo Online)
KUCHING - Seorang kerani insurans di Sri Aman menjadi mangsa kes penipuan terbaharu melibatkan sindiket African Scam dengan kerugian RM159,450.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak,Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 40 tahun itu diperdaya oleh seorang lelaki warga Amerika melalui laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk melakukan beberapa transaksi bayaran yang dibuat dari Julai 2017 sehingga Disember 2018.
"Suspek memberitahu telah ditahan pihak kastam dan memujuk mangsa untuk melakukan beberapa pembayaran segera kepada akaun banknya, antara tujuannya bagi membayar denda, mengaktifkan visa tamat tempoh dan mengaktifkan akaun bank mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustafa Kamal Gani berkata setelah pembayaran dilakukan, lelaki tersebut terus tidak dapat dihubungi dan mangsa kemudian tersedar dirinya telah ditipu.
Beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai yang melayari media sosial agar sentiasa peka supaya tidak mudah menjadi mangsa sindiket penipuan African Scam itu.
Orang awam boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) rmp.gov.my, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ccid.rmp.gov.my dan Facebook JSJK Sarawak untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan seupamanya. - Bernama
4 April 2019 (Kosmo Online)
Link:
Sebuah kisah bagaimana Tabung Haji bermula
Awal tahun 1950-an, Ungku Aziz (kini Profesor DiRaja Ungku Aziz yang merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya) telah menjalankan satu kajian bertajuk “The mobilisation of domestic savings in South East Asia”. Melalui kajian ini, Ungku Aziz dapat mengkaji bagaimana orang Melayu menyimpan duit dan tujuan mereka menyimpan duit. Beliau mendapati bahawa tujuan utama orang Melayu menyimpan adalah untuk menunaikan haji.
![]() |
| Profesor Diraja Ungku Aziz |
Selain menyimpan duit secara tradisional (celah atap, bawah bantal etc), orang melayu juga akan membeli beberapa haiwan ternakan dan haiwan-haiwan ini akan dijual bila tiba masanya untuk menunaikan haji. Kita selalu dengar atuk nenek kita jual tanah, kebun, sawah, jual ternakan dan sebagainya untuk ke haji. Sebahagian pula, menyewakan atau memajak harta harta ini untuk beberapa tahun.
Tapi cuba bayangkan, dah bertahun pergi Haji naik kapal dan apabila pulang ke tanah air dah tidak ada aset lagi. Lebih malang ada yang dah jual rumah sekali. Ini sudah tentu tidak baik bagi ekonomi umat Islam di Tanah Melayu.
Selain itu, Jemaah Haji Malaysia perlu mendapatkan sendiri khidmat syeikh-syeikh haji. Meraka ini terdiri daripada ulamak dan broker atau ejen syarikat tempatan. Perkhidmatan yang disediakan tidak seragam dan banyak bergantung pada budi bicara mereka kerana ketika ini belum wujud peraturan atau undang-undang yang menjaga kebajikan jemaah haji.
Bermula dengan kunjungan seorang kawan lama, Dr. Zaki Badawi (almarhum), seorang ulamak dari Mesir, Ungku Aziz cuba mendalami soal riba (faedah) yang dilarang dalam Islam bagi membolehkan rancangannya untuk menubuhkan sebuah tabung kerana orang Melayu menjarakkan diri daripada simpanan bank kerana Riba’. Beliau mahu memastikan wang yang digunakan untuk ke Mekah tidak bercampur riba. Ungku Aziz mengatakan :
“Saya tahu Islam mengharamkan bunga (riba), iaitu bayaran tetap bagi kegunaan pinjaman wang, tetapi tidak melarang sebarang bentuk pembahagian keuntungan yang tidak ditetapkan semasa pinjaman. Jadi soal ini serta soal wang untuk ke Mekah yang saya mahu satukan.”
Melihat kepada keadaan ini, Ungku Aziz telah menyerahkan satu memorandum bersejarah bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal–Bakal Haji” kepada kerajaan Malaysia pada Disember 1959. Memorandum ini mencadangkan penubuhan sebuah badan yang boleh menyimpan wang serta menguruskan perjalanan bakal haji ke Mekah. Tabung ini akan memberi pembahagiaan keuntungan bukan pembayaran bunga (riba’) kepada penabung.
![]() |
| Antara Syeikh haji yang mengiklankan perkhidmatan mereka |
Namun, idea ini tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan muktamad berhubung dengan soal riba hinggalah apabila Rektor Universiti Al-Azhar iaitu Sheikh Mahmoud Al-Shaltut melakukan kunjungan ke Tanah Melayu.
“Setelah menerima memorandum itu, Kerajaan telah mengundang delegasi Arab yang pakar dalam soal ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut lagi dengan saya.”
“Tanggungjawab mengendalikan soal ini diberi oleh Kerajaan kepada Datuk Khalid bin Awang Osman. Beliau mengadakan pertemuan yang dihadiri oleh Syeikh Mahmoud Al-Shaltut, iaitu Pengarah (Sheikh Al-Azhar) Universiti Al-Azhar. Kepada beliaulah terletaknya kata putus. Kalau tak silap, hampir dua belas orang tiba. Perbincangan itu diadakan di tempat kediaman saya dan pada masa itu Allahyarham Haji Wan Kadir, Timbalan Menteri dari Kuala Terengganu menjadi jurubahasa kami.” kata Ungku Aziz.
“Perbincangan itu penting kerana kerana kalau delegasi tersebut menolak cadangan saya, maka kerajaan tidak akan meneruskannya. Jadi, lama juga kami berbincang, saya memang sudah sedia untuk menjawab setiap yang dikemukakan termasuk pelaksanaannya nanti. Berbagai-bagai soalan dikemukakan pada saya dalam pertemuan itu. Nampaknya mereka sedar konsep ini belum ada dalam dunia Islam dan akhirnya mengakui ini memang satu langkah yang baik, sambil bergurau memuji pula,” kata Ungku Aziz.
Setelah mengkaji secara mendalam Rektor Al-Azhar merasa yakin sepenuhnya tentang kebaikan cadangan ini malah beliau menyifatkan rancangan itu sebagai usaha yang akan memberi manfaat besar kepada umat Islam.
![]() |
| 1963 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein Mengetuai mesyuarat pertama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji di Kuala Lumpur. |
Pada Jun 1960, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Muda Kementerian Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman. Jawatankuasa ini kemudiannya mengemukakan Kertas Putih 22/62 pada Kerajaan pada 24 Januari 1962. Pada September 1962, Rang Undang-Undang Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji telah dilulusakan Parlimen. Maka lahirlah Tabung Haji.
![]() |
| 2 September 1968 – Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. |
Sumber: FB Ambil Peduli & IndahIslam
Subscribe to:
Posts (Atom)











