Thursday, 19 September 2019
Wednesday, 18 September 2019
Cabutan WOW SSPN-i PLUS masih berlangsung dan menanti bakal pemenang yang akan membawa pulang wang tunai serta sebuah kereta Proton X70
CABUTAN WOW SSPN-i PLUS masih berlangsung dan menanti bakal pemenang yang akan membawa pulang wang tunai serta sebuah kereta Proton X70.
.
Adakah anda adalah pemenangnya?
🌟 Untuk Pembukaan akaun SSPN-i Plus:
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008542
.
🌟 Penambahan deposit atau semakan status akaun SSPN-i Plus: http://bit.ly/tambahan_deposit
.
🌟 Semakan penyata baki akaun SSPN-i Plus: http://bit.ly/semakan_penyata
.
🌟 Maklumat lanjut mengenai SSPN-i Plus, sila layani: www.sspn.online
#LoveSSPN
Dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, pilihan rakyat Malaysia
Monday, 16 September 2019
Selamat Hari Malaysia 2019 - 16 September
Selamat Hari Malaysia!
Bersama kita membina Malaysia yang cemerlang.
🌟 Untuk Pembukaan akaun SSPN-i Plus:
.
🌟 Penambahan deposit atau semakan status akaun SSPN-i Plus: http://bit.ly/tambahan_deposit
.
🌟 Semakan penyata baki akaun SSPN-i Plus: http://bit.ly/semakan_penyata
.
🌟 Maklumat lanjut mengenai SSPN-i Plus, sila layani: www.sspn.online
Wednesday, 11 September 2019
Tuesday, 10 September 2019
Monday, 9 September 2019
Saturday, 7 September 2019
Friday, 6 September 2019
Thursday, 5 September 2019
Kes-kes penipuan melalui telefon yang menyebabkan kerugian paling besar di Malaysia pada 2019
Kes-kes penipuan melalui telefon yang menyebababkan kerugian paling besar di Malaysia:
1. Kerugian tertinggi yang dilaporkan adalah sebanyak RM1,294,599.55. Mangsa 1/L Cina berumur 34 tahun dan bekerja sebagai juruterbang. Mangsa dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai polis IPK Sabah. Mangsa dimaklumkan aset akan dibekukan oleh mahkamah untuk tujuan siasatan. Mangsa telah membuat transaksi sejak Jun 2019.
2. Kerugian kedua tertinggi adalah sebanyak RM710,095.00. Mangsa 1/P Cina beumur 59 tahun merupakan kerani syarikat. Dihubungi oleh saspek menyamar dari pejabat Pos Malaysia. Pengadu dikatakan ada menghantar kad pengenalan, kad bank dan salinan kad pengenalan ke Sabah. Talian disambungkan ke IPK Perak dan dikatakan salah seorang dari 240 orang yang terlibat dalam penggubahan wang haram. Mangsa menyerahkan maklumat perbankan internet kepada saspek.
3. Kerugian ketiga tertinggi adalah sebanyak RM550,000.00. Mangsa 1/P Cina berumur 60 tahun dan merupakan pengarah syarikat. Mangsa telah membuat transaksi wang sejak Julai 2019 apabila dihubungi oleh saspek menyamar polis. Mangsa dikatakan terlibat penggubahan wang haram. Mangsa telah membuka akaun baru dan meneyrahkan maklumat perbankan kepada saspek.
Ada kes-kes melibatkan kerugian RM100-200 ribu ke atas.
Jom lawati booth PMB INVESTMENT di Halfest (Halal Fest) 2019 di The Mines International Convention Centre, Seri Kembangan
Jumpa saya di booth #326 Halfest 2019 (Halal Fiesta 2019) di The Mines International Convention Centre (MICC), Seri Kembangkan dari Rabu hingga Ahad minggu ini (4-8 Sep 2019).
Booth PMB INVESTMENT ditempatkan di sebelah booth Bank Negara Malaysia (booth #327)
Let's invest the Halal way.
Whatsapp: www.wasap.my/60192348786 (Sanusi, GAM & Consultant)
Wednesday, 4 September 2019
2 lagi jadi mangsa Macau Scam, rugi RM36,399
(Utusan Online, 4 September 2019)
KEPALA BATAS, Pulau Pinang - Sindiket penipuan menerusi telefon atau Macau Scam di negeri ini terus mengaut keuntungan apabila dua lagi individu menjadi mangsa di sini membabitkan kerugian kira-kira RM36,399.
Dalam kejadian semalam, seorang jurujual berusia 24 tahun ditipu sebanyak RM21,300 selepas menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai pos dari Kuantan yang memaklumkan terdapat barangan atas namanya yang cuba dihantar ke Kota Kinabalu ditahan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang mendakwa anggota polis berpangkat Sarjan dari ibu pejabat polis Kuantan.
Katanya, pegawai polis itu memberitahu mangsa yang mana kes tersebut masih dalam siasatan dan memintanya tidak memaklumkan kepada sesiapa memandangkan dia merupakan suspek dalam kes tersebut .
Tambahnya, mangsa juga diminta memberikan segala maklumat akaun simpanan miliknya kononnya bagi tujuan siastan dan untuk mengelakkan pembekuan aset.
"Disebabkan terkejut dan terlalu takut dengan maklumat itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pindahan wang melalui kaunter bank dengan mengeluarkan wang miliknya dan dimasukkan ke akaun bank yang diberikan suspek.
“Mangsa melakukan sebanyak tiga transaksi wang ke tiga akaun bank berjumlah RM 21,300 bermula pada 16 hingga 25 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Noorzainy, mangsa yang berasa curiga dan tertekan kemudiannya menceritakan hal tersebut kepada rakannya sebelum dimaklumkan dia telah menjadi mangsa sindiket Macau Scam dan membuat laporan polis.
Sementara itu, katanya, dalam kejadian berasingan seorang kerani kerugian RM15,099.70 selepas diperdaya individu yang mengaku pegawai bank kononnya dia mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM7,000.
"Dalam kes ini, mangsa telah berbual hampir dua jam melalui telefon dan menyerahkan dua kali nombor TAC yang diterima melalui telefon bimbitnya kepada suspek selain diminta untuk tidak mengakses apa-apa akaun miliknya kerana bimbang mengganggu siasatan," katanya.
Jelas Noorzainy, mangsa yang berasa curiga kemudiannya melakukan semakan akaun bank dan mendapati wangnya sudah tiada sebelum membuat laporan polis.
“Bagi kedua-dua kes ini, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket menerusi telefon.
Katanya, orang ramai diingatkan tidak sesekali mudah panik dan mengikut arahan yang diberikan pemanggil yang tidak dikenali sebaliknya mengubungi polis atau organisasi yang terlibat untuk pengesahan.
Tambah beliau, orang ramai juga tidak sepatutnya mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad ATM atau nombor kad kredit kepada individu yang tidak dikenali. - UTUSAN ONLINE
PMB Investment Berhad: Daily Price & Year-to-date Total Return (as at 4 September 2019)
To invest in Syariah-compliant funds at PMB INVESTMENT, please contact:
Whatsapp: www.wasap.my/6019234876
Ahmad Sanusi | Group Agency Manager & Consultant
PMB INVESTMENT | KL |
Tuesday, 3 September 2019
Sindiket pinjaman wang tidak wujud tumpas, tujuh ditahan
(Kosmo, 3 September 2019)
SHAH ALAM - Kegiatan licik sekumpulan penjenayah memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman wang tidak wujud melibatkan kerugian RM638,000 di seluruh negara akhirnya tumpas hasil serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Puteri Klang di sini, Khamis lalu.
Serbuan pukul 4.15 petang itu berjaya menahan tujuh warga tempatan ditahan membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 27 tahun.
Operasi itu dilakukan oleh sepasukan dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.
Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, berdasarkan siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah mengiklankan tawaran pinjaman wang di media sosial dengan cara mudah tanpa melalui prosedur rumit.
Katanya, mereka yang telah beroperasi sejak enam bulan lalu itu mempunyai 95 kes di seluruh negara dengan kerugian RM638, 000 dengan 16 kes dilaporkan di sekitar negeri ini yang mengakibatkan kerugian RM140,000.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran pinjaman itu akan diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang kononnya sebagai bayaran peguam dan caj tertentu.
"Bagaimanapun, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sindiket didapati tiada sebarang wang diterima oleh mangsa,"katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Fazlisyam menambah, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berusia 20 hingga 30 tahun yang memerlukan wang segera bagi menampung keperluan hidup.
Ujar beliau, golongan muda ini dijadikan sasaran susulan mudah terpedaya dengan tawaran sindiket ini.
"Hasil siasatan turut mendapati rumah teres itu dijadikan tempat operasi sindiket sejak dua minggu lalu dan mereka sentiasa berpindah-randah bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.
"Kesemua suspek juga diupah dengan bayaran RM1, 500 sebulan bagi menjalankan operasi mereka," katanya.
Mengulas lanjut, Fazlisyam menjelaskan pihaknya turut merampas 14 buah telefon bimbit, 12 kad pengeluaran wang automatik (ATM), simkad (enam) serta dua buah kereta jenis Toyota Vios dan Proton FLX.
"Ketujuh-tujuh suspek kini sedang direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," tegas beliau. - K! ONLINE
Monday, 2 September 2019
Sebuah masjid baru dalam pembinaan yg hampir siap (90%) di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)