Thursday 9 September 2021

Bahaya keldai akaun



KELDAI AKAUN

Siapakah yang biasanya menjadi keldai akaun?

1. Individu yang meminjam Ahlong.

Mereka diarahkan untuk menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada Ahlong bagi tujuan membuat pembayaran pinjaman. Kemudian akaun tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.

2. Individu yang menjual atau memberi sewa akaun bank.

Mereka membuka akaun bank semata-mata untuk diberikan kepada pihak ketiga bagi memperoleh bayaran secara bulanan. Mereka menjual akaun bank kononnya digunakan untuk tujuan perniagaan atau cuci wang judi online. Ada juga yang terdesak memerlukan wang (penagih dadah / orang tidak berkemampuan).

3. Memberi pinjam rakan/ ahli keluarga/ kenalan dalam talian.

Mereka memberi pinjam akaun bank kepada kenalan kerana akaun tersebut tidak lagi digunakan. Kebiasannya mereka memberi pinjam kepada kenalan dalam talian dengan niat untuk membantu kerana kenalan tersebut kononnya mempunyai masalah untuk membuka akaun.

4. Menjadi ejen pindahan wang dalam talian.

Mereka ini kononnya membuat kerja sambilan dengan menjadi ejen pindahan wang hasil perniagaan. Suspek akan menawarkan komisen untuk setiap pindahan wang yang dibuat oleh keldai akaun yang mana sebenarnya wang tersebut merupakan wang kegiatan jenayah.

Sebenarnya banyak lagi taktik sindiket untuk memancing orang ramai memberikan akaun bank mereka.

JANGAN BERI/SEWA/JUAL AKAUN BANK ANDA! AKAUN BANK ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA!

No comments:

Post a Comment

Malaysia