Tuesday, 17 November 2020

Dana mana yang sedang tunjukkan prestasi cemerlang (tengah 'perform')?


Dana mana yang tengah 'perform' ya?

Sebelum menjawab soalan di atas, cuba rujuk kembali posting kami sebelum ini dan muat turun fakta tabung PMB Investment setakat 31 Oktober 2020. Kemudian anda lihat di bahagian 'Performance Record': https://bit.ly/2GS9Pzw

Bagi tempoh setahun setakat 31 Oktober 2020, boleh dikatakan hampir kesemua dana di bawah pengurusan kami berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras. 🙂

Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan indeks penanda aras? Ianya merupakan satu bentuk petunjuk yang diwujudkan bagi memberi gambaran berkenaan prestasi pasaran saham di Malaysia.

Setiap dana mempunyai indeks penanda arasnya sendiri tetapi yang sering digunapakai untuk pelaburan dana ekuiti unit amanah patuh syariah seperti ditawarkan PMB Investment adalah FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMSHA).

Secara ringkasnya, ianya akan menjadi tanda pengukur prestasi dana-dana yang anda pilih untuk melabur. Dana yang berjaya mengatasi prestasi indeks penanda aras memberi gambaran bahawa dana tersebut sedang berada dalam prestasi yang cemerlang atau sekurang-kurangnya lebih baik berbanding pasaran semasa.

Walaupun begitu, perlu diingatkan prestasi lalu dana bukan petunjuk atau gambaran bagi prestasi masa hadapan. Jadi, dana mana yang menjadi pilihan anda?

PM mana-mana konsultan kami untuk maklumat lanjut.

www.wasap.my/0192348786/PMBinvestment
Sanusi | GAM & Consultant
PMB INVESTMENT | KL

No comments:

Post a Comment

Malaysia